Wednesday, October 19, 2011

Terima kasih Ma & Abah...Tanpa Kalian Siapalah Kami....

N3 kali ni nak cerita sket pasal latar belakang fmly aku...

aku anak sulung drp 6 org adik beradik...4 perempuan dan 2 lelaki...

Ma & abah aku berasal dari Pantai Timur...

ma aku org Kota Bharu & abah aku org Terengganu...

sblm pindah ke kedah kami mnetap di Terengganu...

tahun 1982 kami berpindah ke Kedah sbb abah aku dapat kerja kat situ...

kerja kat GPTB.. sebuah kilang gula...

abah aku disediakan dengan sebuah rumah (Quaters pekerja) & segala kemudahan ke sekolah semuanya secara percuma....

sehinggalah kini, kami terus menetap di Kedah sbb ma & abah aku sudah ada rumah sendiri yang agak selesa...

kehidupan kami tidak susah dan tidaklah berada..kami dlm golongan sederhana sahaja...

alhamdulillah berkat kesabaran ma & abah mendidik kami kini kami 6 beradik semuanya berjaya dalam hidup...

terima kasih ma & abah....

kami amat sayang keluarga kami...

LUV U SO MUCH....

berikut gambar keluarga aku...

ni la keluarga besar aku+ menantu+ cucu..

gambar ni diambil masa Hari Raya tahun 2010

ini la buah hati kami...

ma & abah aku


konvokesyen aku tahun 2001

UPM

skrg aku mngajar di SMK Tunku Putra, Langkawi

ni adik aku yg no 2- wadi

Konvo kat UTM

skrg ni dia kerja kt GPTB sbg programmer



ni kak ngah...adik aku yg ke 3

ni gambar konvo UKM

skrg dia mngajar kt SMK Pedu



ni pun gambar k.ngah

masa ni dia konvo utk KPLI


ni gambar adik aku yang no 4- abg Chik

UTM Skudai

skrg mngajar kt SMK Kelibang, Langkawi

ni jugak gambar abg Chik

kat Polimas

masa ni dia amik diploma kejuruteraan mekatronik

ni adik aku yg bongsu- ayu

konvo kat UTM Skudai

skrg dia mngajar kt SMKA Johor Bahru

Diharap ma & abah aku serta keluarga kami diberi kesihatan yang baik, kekal bahagia disamping anak, menantu & cucu...

amin


Monday, October 17, 2011

Cuci Poket @ Hatyai

haaa..N3 kali ni bunyi mcm banyak duit je kan...

cuci poket @ hatyai...hi..hi..hi..

bukan nak cuci poket yg penuh tapi poket pun mmg hampir tggal seredak je...balik je dari Hatyai mmg habuk pun tarak....

ok nak citer pasal mggu lepas...skali lg aku makan angin ke Hatyai....

14-16 Oktober 2011

kali ni ikut rombongan skolah hubby plak.... ingatkan rombongan kali ni dah tak jadi coz dah 2 kali ditunda oleh sbb2 yg tak dapat dielakkan oleh SK Ulu Melaka..

kami yang mengekor ni ikut jer la... tapi bila cakap tunda tu hati mmg membara...

mujur tak kluar tanduk & bola2 api lagi...

kami bertolak dari Langkawi pada 14 Oktober bersamaan ari Jumaat ke Kola Perlis & naik bas dari Kola Perlis ke Hatyai...Fmly adik aku (kak ngah) yg dok kt kg pun ikut serta kali ni....

Harith org yg paling suka pasal kali ni kami g ngan bas...

biar je la gambar bcerita kan...

ok cekidaut

:

:


ni masa dlm feri ke kola perlis

Harith mmg suka buku

gambar kat atas ni la rombongan kami

cumel kan budak ni..rambutnya keriting cantikkk..

anak kawan hubby nih...sebaya ngan Harith

kat Pantai Samila

pantang jumpa...asyik main gusti aja..

masa ni la aku wat latihan vokal kat hotel...adusss

skali lagi kami ke Pasar Terapung....

(dah nampak cam org siam dah aku..ye la sehari bjalan tanpa rehat)

aku harap tahun hadapan boleh makan angin jauh sket..

moga rezeki aku & fmly semakin murah..

aminn

sekian..

Monday, October 10, 2011

Terapi Minda Org Pompuan...i loikeee

selepas aktiviti yg amat bizi pada mggu ni, aku nak cerita pasai terapi minda....

terapi ni kalo dilakukan oleh kaum wanita dikira mmg release habis la tension yg hado...

jom cekidaut apa yg blh buat kaum wanita menjadi tenang dan tersenyum....

kami boleh jadi tenang jika....

:

:

:

tara

:


blh beli brg2 yg diidamkan

shopping...

tapi harus ada ini....$$$


melancong....

memang bestttt

makan2 time...

haaaaaa..

macamana???..

setuju tak ngan aku???

tapi paling best bagi aku kalo boleh tgk2 benda kat bawah ni....

berjam2 pon takpa...

tapi sayang duit tak hado

blh jugak kan kalo skali skala nk bg reward kat diri slpas penat bkerja ..

tak salah...

jom tengok...

:

:

jeng..jeng..jeng..


haaa..cantek kan...

kena berusaha untuk dapatkannya....

(psttt..betoi ka ada pompuan kata dia tak minat dgn barang2 emas ni??? bg aku bukan pompuan la kalo tak minat benda2 ni...

tak minat atau duit tak hado??? laser kan

ye la kan...benda mahai..ahaks)



aku kalo dok melepak tgk brg2 ni kat kedai emas...fuuhhh lega rasanya...

(sat g nampak sgt kan aku x hado duit..mlepak lama2 tapi haram tak beli pon...)

jadi untuk tak nampak sgt yg aku ni tak bduit nk beli brg2 ni so penyelesaiaannya ialah...

aku blh dok depan laptop ni bjam2 lamanya hanya nk tengok barang2 ni secara on9

hahaha...

kalo la aku ada barang banyak cam ni...alangkah indahnya...

i loikeee

Monday, October 3, 2011

Selamat menduduki PMR

N3 kali ni cuma nak ucapkan SELAMAT MENDUDUKI PMR kpd smua calon PMR di seluruh M'sia amnya

&

khasnya budak2 skolah aku la..SMK TUNKU PUTRA...

SEMOGA DAPAT MENJAWAB DENGAN JAYANYA....

kat sini cikgu turunkan beberapa tips saat akhir menduduki peperiksaan...

tips ni untuk smua ye...

lepas ni SPM dan STPM pulak yang bakal menyusul....

ok mari kita tengok apa tips mudah ni..

check it out...

1st

tidur awal tanpa gangguan supaya esok dapat menjawab dengan tenang

2nd

ke sekolah dengan penuh keyakinan dan persediaan yang cukup

3rd

jangan takut..fikirkan bahawa anda juga boleh lakukan yang terbaik

4th

jangan risau..tenangkan diri dan bertawakkal setelah anda berusaha


5th


baca soalan dengan teliti & garisi kehendak soalan supaya anda tidak terpesong...

jawab smua soalan..jangan tinggalkan kosong

finally

supaya kamu boleh tersenyum mendapat result yang membanggakan ibu bapa, guru dan diri sendiri

senang bukan????
SEMOGA BERJAYA

Thursday, September 29, 2011

Aku Risauuuu Bangetttt

R.I.S.A.U

memang aku risau.....

(opss....gambar atas ni bukan gambar aku...itu gambar yg aku dapat drp encik google...tq)

N3 kali ni aku nak citer ttg kerisauan aku...kerisauan aku ni dah masuk tahap gaban... mmg risau sungguh2 ni..

nak tau pasai apa??

tentang berat badan lerr...

tambah2 plak baru je lepas raya..banyak open house yg kena attend..tak pegi jap lg kot org kecik ati...tak makan karang kot org terasa ati..

tapi kalo dah pegi & dah makan ini la jadinya...

aku risau untuk jejak benda kat bawah ini....

jom tengok..

:

:



jangan aku jadi cam gambar kat bawah gini dah la...

aku taaakkkkk relaaaaa

(ops...gambar kat bawah ni bukan gambar aku tau)

:

:

tengokla..camna tak terbabas

camna aku tak risau...

kat Malaysia ni bnyk dogaan...bmacam2 makanan yg menduga iman aku nih...

kalo boleh aku nak jadik macam Datin Norjuma nih...walopun dah ada 3 org anak tapi ttp malatopsss...walopun dulu beliau juga pernah alami mslh cam aku....tapi yg penting kena disiplin...

(gambar: drp google)



cantik kan...
aku nak jadik cam dia la walopun aku tak cukup ketinggian cam dia....
mungkin ka impian aku ni jadi kenyataan????

Monday, September 26, 2011

Khas untuk LELAKI yg EGO....

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Kerana ego, aku hilang isteri dan anak

Hati sesekali terusik apabila melihat kemesraan pasangan suami isteri melayani kerenah anak kecil mereka. Kerana itu, aku tidak gemar berjalan mengambil angin di taman-taman permainan kerana mahu menjaga hati sendiri. Jauh di sudut hati, aku teringin untuk menikmati semula keindahan dan kebahagiaan rumah tangga. Hati aku teringin semula merasai suasana riuh dan meriahnya melayan ‘jaguh’ kesayangan di halaman rumah.

Namun, semua itu kupendamkan kerana cinta dan kasih sayang terhadap mereka masih mengikat hatiku untuk terus setiap mengingati mereka. Biarpun sudah hampir lapan tahun kejadian berlalu, namun ingatanku terhadap mereka tetap utuh. Tidak langsung luput ditelan waktu yang berlalu. Isteriku, Aida dan anak lelaki kesayanganku, Amsyar kedua-duanya kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Bagaimana kejadian berlaku… Aku sendiri tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun mengenangkan rasa bersalah terhadap mereka. Cuai dalam menjaga keselamatan mereka. Bukan saja mereka, tetapi nyawa diri sendiri hampir terancam. Rasa bersalah yang pasti tak akan luput dari ingatan di sepanjang hayatku.

Aku masih ingat lagi. Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang bersama isteri dan anak-anakku, aku diarahkan oleh ketua jabatan untuk menghadiri satu mesyuarat penting bagi menggantikannya yang terpaksa ke hospital menjenguk pengerusi syarikat, yang juga ayahnya di hospital.Walaupun berat hati, aku terpaksa juga melakukannya. Terkocoh-kocoh aku menyediakan bahan untuk dibentangkan petang itu.

Segala panggilan telefon dan pesanan sms daripada isteri yang cuba mengingatkan aku mengenai perancangan kami yang akan bertolak pada malam itu tidak aku endahkan. Seboleh-bolehnya aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada tugasku agar pembentangan kertas kerja pada petang itu nanti berjalan lancar.Syukur, pembentangan tersebut berjalan dengan baik, malah pihak pengurusan bersetuju untuk meluluskan cadangan yang dibentangkan tanpa sebarang masalah. Mungkin kerana ia dilakukan dengan tekun, bersungguh-sungguh serta menggabungkan beberapa cadangan bernas daripada setiap pekerja bawahan yang sama-sama membantu.

Dalam pada gembira kelegaan, di hati diserbu rasa bersalah kerana terpaksa mengabaikan isteri dan anak yang setia menanti kepulanganku. Kelam kabut aku bersiap apa yang patut dan terus memandu pulang ke rumah. Laju. Aku memandu kereta dengan laju kerana tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi. Juga, tidak mahu si kecil kesayanganku merajuk pula. Dalam perjalanan, sempat juga aku berhenti singgah membeli coklat dan sejambak bunga buat mereka agar sejuk rasa amarah mereka nanti. Fikirku, cara begitu adalah cara terbaik untuk menebus salahku. Tak mengapalah, biarlah aku mengalah asalkan kami boleh bertolak dengan perasaan yang gembira.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Tiba di rumah, isteriku sudah mula melancarkan perang dinginnya. Si anak pula, sudah duduk diam di kerusi tanpa sedikit memandang ayahnya ini. Tersenyum melihat telatah mereka. Sekali gus, aku cuba memujuk si anak dengan coklat kegemaran yang sempat dibeli.Kemudian, tiba pula giliran si ibu. Namun, kali ini bukanlah semudah itu untuk memujuknya. Entah mengapa, sukar benar mengambil hatinya. Aku faham, mungkin kerana semua panggilan telefon dan pesanan smsnya langsung tidak aku endahkan siang tadi. Aku masih bersabar dan menunggu barang-barang yang siap berkemas disimpan di dalam kereta.

Setelah siap mandi dan makan, kami sama-sama bertolak. Keadaan, masih tidak berubah. Isteriku masih lagi senyap, tanda masih marahkan aku. Puas sudah memujuk, puas sudah diajak berbual, namun hanya sepi. Tiba-tiba, aku pula yang berdarah panas. Membuak-buak rasa marah kerana setiap pertanyaan langsung tidak mendapat balasan sepatutnya. Entah angin apa yang masuk ke kepalaku sehingga menjejaskan pertimbangan warasku untuk terus bersabar.Habis kuketuk stering kereta dan menekan hon sepuas hati. Bingit telinga membuatkan isteriku bertambah marah.

Maka, terjadilah pergaduhan antara kami. Rasa marah mendahului rasa warasku. Semakin laju kereta kupandu bagi melepaskan kemarahan. Puas isteriku memanggil dan cuba menenangkanku, tetapi aku begitu ego. Kelajuan semakin meningkat hingga aku tidak sedar kereta semakin menghampiri selekoh tajam. Aku tidak sempat berbuat apa-apa dan tanpa sedar aku sudah melanggar pembahagi jalan. Sejurus kedengaran dentuman yang kuat diikuti jeritan nyaring isteri dan anakku.

Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri, aku sendiri tidak pasti. Malah, hampir-hampir juga aku tidak mengingati kejadian pada malam itu. Namun, setelah beberapa lama termangu, baru aku dapat mengingati setiap detik yang berlaku hinggalah mataku tertutup tidak sedarkan diri.Keadaanku juga tidak mengizinkan aku bergerak kerana sebelah kakiku patah, dan luka di badan dan kedua-dua tangan. Namun, apa yang paling mengejutkan aku adalah mengenai berita tentang isteri dan anakku. Mereka didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Isteriku dikatakan tersepit di antara remukan kereta dan penghadang jalan, manakala anakku pula tercampak dari tempat duduk belakang.

Betapa aku menyesal kini. Kerana itu, aku tidak mahu lagi cuba mendekati mana-mana wanita, biarpun ada beberapa wanita yang cuba ingin menghampiriku. Kasih sayangku terhadap mereka masih menebal sehingga aku rasakan aku akan mengecewa dan melupakan mereka sekiranya aku mencari pengganti yang lain.

Untuk pembaca, hargailah mereka yang ada di sekeliling kita. Jangan terlalu ikutkan rasa marah dan cubalah bawa bertenang walau apa juga tekanan yang dialami. Semua hanya dugaan sahaja. Insya-Allah, tiada perkara buruk berlaku.


petikan mingguan wanita... majalah kegemaran yang penuh info dan kisah tauladan...

Monday, September 19, 2011

SeLaMat HaRi LaHiR BuAh HaTi MommY

Harith Fadhillah telah dilahirkan pada 31 Ogos 2008...

Skrg ni omo Harith dah masuk 3 tahun...

tapi mommy tak penah lagi buat besday party untuk Harith...

pasaiiiii?????.....

2 tahun sblm ni, besday Harith jatuh pada bulan Ramadan so omo 3 tahun baru Harith dapat sambut besday dia....

itupun 17 September baru mommy buat coz 31 Ogos yang lalu jatuh pada hari raya ke-2...

so masa tu smua org masih sibuk nk beraya...

Doa mommy ngan papa semoga Harith jadi anak yang soleh, berjaya dunia & akhirat serta dapat membahagiakan mommy ngan papa....Amin...

ok..

ini la Harith Fadhillah buah hati mommy & papa...
:
:

:

kat bawah ni beberapa pic sekitar majlis Harith ari tu

kad jemputan majlis hari lahir Harith yg ke-3


kek besday Harith



:

:

:

gambar yang kat bawah ni gambar2 Harith dari kecil sampai skrg ni

:










:
:
semoga Harith berjaya dalam hidup dunia & akhirat...
aminn