Thursday, September 29, 2011

Aku Risauuuu Bangetttt

R.I.S.A.U

memang aku risau.....

(opss....gambar atas ni bukan gambar aku...itu gambar yg aku dapat drp encik google...tq)

N3 kali ni aku nak citer ttg kerisauan aku...kerisauan aku ni dah masuk tahap gaban... mmg risau sungguh2 ni..

nak tau pasai apa??

tentang berat badan lerr...

tambah2 plak baru je lepas raya..banyak open house yg kena attend..tak pegi jap lg kot org kecik ati...tak makan karang kot org terasa ati..

tapi kalo dah pegi & dah makan ini la jadinya...

aku risau untuk jejak benda kat bawah ini....

jom tengok..

:

:



jangan aku jadi cam gambar kat bawah gini dah la...

aku taaakkkkk relaaaaa

(ops...gambar kat bawah ni bukan gambar aku tau)

:

:

tengokla..camna tak terbabas

camna aku tak risau...

kat Malaysia ni bnyk dogaan...bmacam2 makanan yg menduga iman aku nih...

kalo boleh aku nak jadik macam Datin Norjuma nih...walopun dah ada 3 org anak tapi ttp malatopsss...walopun dulu beliau juga pernah alami mslh cam aku....tapi yg penting kena disiplin...

(gambar: drp google)



cantik kan...
aku nak jadik cam dia la walopun aku tak cukup ketinggian cam dia....
mungkin ka impian aku ni jadi kenyataan????

Monday, September 26, 2011

Khas untuk LELAKI yg EGO....

Hanya Lelaki - Pengakuan Duda

Kerana ego, aku hilang isteri dan anak

Hati sesekali terusik apabila melihat kemesraan pasangan suami isteri melayani kerenah anak kecil mereka. Kerana itu, aku tidak gemar berjalan mengambil angin di taman-taman permainan kerana mahu menjaga hati sendiri. Jauh di sudut hati, aku teringin untuk menikmati semula keindahan dan kebahagiaan rumah tangga. Hati aku teringin semula merasai suasana riuh dan meriahnya melayan ‘jaguh’ kesayangan di halaman rumah.

Namun, semua itu kupendamkan kerana cinta dan kasih sayang terhadap mereka masih mengikat hatiku untuk terus setiap mengingati mereka. Biarpun sudah hampir lapan tahun kejadian berlalu, namun ingatanku terhadap mereka tetap utuh. Tidak langsung luput ditelan waktu yang berlalu. Isteriku, Aida dan anak lelaki kesayanganku, Amsyar kedua-duanya kembali ke rahmatullah ketika dalam perjalanan pulang ke kampung. Bagaimana kejadian berlaku… Aku sendiri tidak dapat melelapkan mata walau sepicing pun mengenangkan rasa bersalah terhadap mereka. Cuai dalam menjaga keselamatan mereka. Bukan saja mereka, tetapi nyawa diri sendiri hampir terancam. Rasa bersalah yang pasti tak akan luput dari ingatan di sepanjang hayatku.

Aku masih ingat lagi. Hari terakhir bekerja sebelum bercuti panjang bersama isteri dan anak-anakku, aku diarahkan oleh ketua jabatan untuk menghadiri satu mesyuarat penting bagi menggantikannya yang terpaksa ke hospital menjenguk pengerusi syarikat, yang juga ayahnya di hospital.Walaupun berat hati, aku terpaksa juga melakukannya. Terkocoh-kocoh aku menyediakan bahan untuk dibentangkan petang itu.

Segala panggilan telefon dan pesanan sms daripada isteri yang cuba mengingatkan aku mengenai perancangan kami yang akan bertolak pada malam itu tidak aku endahkan. Seboleh-bolehnya aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada tugasku agar pembentangan kertas kerja pada petang itu nanti berjalan lancar.Syukur, pembentangan tersebut berjalan dengan baik, malah pihak pengurusan bersetuju untuk meluluskan cadangan yang dibentangkan tanpa sebarang masalah. Mungkin kerana ia dilakukan dengan tekun, bersungguh-sungguh serta menggabungkan beberapa cadangan bernas daripada setiap pekerja bawahan yang sama-sama membantu.

Dalam pada gembira kelegaan, di hati diserbu rasa bersalah kerana terpaksa mengabaikan isteri dan anak yang setia menanti kepulanganku. Kelam kabut aku bersiap apa yang patut dan terus memandu pulang ke rumah. Laju. Aku memandu kereta dengan laju kerana tidak mahu mereka menunggu lebih lama lagi. Juga, tidak mahu si kecil kesayanganku merajuk pula. Dalam perjalanan, sempat juga aku berhenti singgah membeli coklat dan sejambak bunga buat mereka agar sejuk rasa amarah mereka nanti. Fikirku, cara begitu adalah cara terbaik untuk menebus salahku. Tak mengapalah, biarlah aku mengalah asalkan kami boleh bertolak dengan perasaan yang gembira.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Tiba di rumah, isteriku sudah mula melancarkan perang dinginnya. Si anak pula, sudah duduk diam di kerusi tanpa sedikit memandang ayahnya ini. Tersenyum melihat telatah mereka. Sekali gus, aku cuba memujuk si anak dengan coklat kegemaran yang sempat dibeli.Kemudian, tiba pula giliran si ibu. Namun, kali ini bukanlah semudah itu untuk memujuknya. Entah mengapa, sukar benar mengambil hatinya. Aku faham, mungkin kerana semua panggilan telefon dan pesanan smsnya langsung tidak aku endahkan siang tadi. Aku masih bersabar dan menunggu barang-barang yang siap berkemas disimpan di dalam kereta.

Setelah siap mandi dan makan, kami sama-sama bertolak. Keadaan, masih tidak berubah. Isteriku masih lagi senyap, tanda masih marahkan aku. Puas sudah memujuk, puas sudah diajak berbual, namun hanya sepi. Tiba-tiba, aku pula yang berdarah panas. Membuak-buak rasa marah kerana setiap pertanyaan langsung tidak mendapat balasan sepatutnya. Entah angin apa yang masuk ke kepalaku sehingga menjejaskan pertimbangan warasku untuk terus bersabar.Habis kuketuk stering kereta dan menekan hon sepuas hati. Bingit telinga membuatkan isteriku bertambah marah.

Maka, terjadilah pergaduhan antara kami. Rasa marah mendahului rasa warasku. Semakin laju kereta kupandu bagi melepaskan kemarahan. Puas isteriku memanggil dan cuba menenangkanku, tetapi aku begitu ego. Kelajuan semakin meningkat hingga aku tidak sedar kereta semakin menghampiri selekoh tajam. Aku tidak sempat berbuat apa-apa dan tanpa sedar aku sudah melanggar pembahagi jalan. Sejurus kedengaran dentuman yang kuat diikuti jeritan nyaring isteri dan anakku.

Entah berapa lama aku tidak sedarkan diri, aku sendiri tidak pasti. Malah, hampir-hampir juga aku tidak mengingati kejadian pada malam itu. Namun, setelah beberapa lama termangu, baru aku dapat mengingati setiap detik yang berlaku hinggalah mataku tertutup tidak sedarkan diri.Keadaanku juga tidak mengizinkan aku bergerak kerana sebelah kakiku patah, dan luka di badan dan kedua-dua tangan. Namun, apa yang paling mengejutkan aku adalah mengenai berita tentang isteri dan anakku. Mereka didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Isteriku dikatakan tersepit di antara remukan kereta dan penghadang jalan, manakala anakku pula tercampak dari tempat duduk belakang.

Betapa aku menyesal kini. Kerana itu, aku tidak mahu lagi cuba mendekati mana-mana wanita, biarpun ada beberapa wanita yang cuba ingin menghampiriku. Kasih sayangku terhadap mereka masih menebal sehingga aku rasakan aku akan mengecewa dan melupakan mereka sekiranya aku mencari pengganti yang lain.

Untuk pembaca, hargailah mereka yang ada di sekeliling kita. Jangan terlalu ikutkan rasa marah dan cubalah bawa bertenang walau apa juga tekanan yang dialami. Semua hanya dugaan sahaja. Insya-Allah, tiada perkara buruk berlaku.


petikan mingguan wanita... majalah kegemaran yang penuh info dan kisah tauladan...

Monday, September 19, 2011

SeLaMat HaRi LaHiR BuAh HaTi MommY

Harith Fadhillah telah dilahirkan pada 31 Ogos 2008...

Skrg ni omo Harith dah masuk 3 tahun...

tapi mommy tak penah lagi buat besday party untuk Harith...

pasaiiiii?????.....

2 tahun sblm ni, besday Harith jatuh pada bulan Ramadan so omo 3 tahun baru Harith dapat sambut besday dia....

itupun 17 September baru mommy buat coz 31 Ogos yang lalu jatuh pada hari raya ke-2...

so masa tu smua org masih sibuk nk beraya...

Doa mommy ngan papa semoga Harith jadi anak yang soleh, berjaya dunia & akhirat serta dapat membahagiakan mommy ngan papa....Amin...

ok..

ini la Harith Fadhillah buah hati mommy & papa...
:
:

:

kat bawah ni beberapa pic sekitar majlis Harith ari tu

kad jemputan majlis hari lahir Harith yg ke-3


kek besday Harith



:

:

:

gambar yang kat bawah ni gambar2 Harith dari kecil sampai skrg ni

:










:
:
semoga Harith berjaya dalam hidup dunia & akhirat...
aminn

Thursday, September 8, 2011

DoAkaN KeBaHAgiaAn kAmI KekAL HiNgGa HuJuNg NyAwA

7 September 2011....

9 Tahun yang lalu.....

pada tarikh keramat ini terciptalah satu sejarah manis dalam hidupku....

pada tarikh keramat ini, dengan sekali lafaz aku telah sah menjadi milikmu...

pada tarikh keramat ini.. statusku telah bertukar....menjadi seorang isteri

pada tarikh keramat ini....harapan dan doaku agar aku akan kekal bahagia disampingmu sebagai suamiku hingga nafas yang terakhir....

sesungguhnya aku amat bersyukur kerana Allah memberi kebahagiaan buatku....

semoga kebahagiaan ini berpanjangan....

Doakan kebahagiaan kami....

CHE SITI NORMAWARNI BINTI CHE NUDIN

DENGAN

MOHD KAMAL BIN JUSOH

Amin....

:

:





Wednesday, September 7, 2011

SaLaM AiDilFitRi 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri...

Maaf Zahir dan Batin buat keluarga & semua kenalan kami...

Raya tahun ni turn kt umh mentua di Terengganu...


tahun ni kami pilih tema ...Biruuuu

ibu mentua dan adik ipar

keluarga suami...yg lelaki tu adik suami yg no 2 bersama kluarganya

bersama sepupu suami dan fmly...

:

:

Sekian